Monday, February 8, 2010

Artikel ketiga ( Ulas artikel ini ) Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik Di Kalangan Pelajar Berisiko

Assalamualaikum,
Ini adalah artikel pilihan saya yang ketiga. Hopefully sahabat-sahabat sudilah mencoret komen atau ulasan berkaitan artikel ini. Moga-moga kita mendapat manfaat daripada artikel ini dalam meneruskan perjuangan kita sebagai guru.

Secara ringkasnya artikel ini mengkaji perbandingan pencapaian Matematik di kalangan pelajar lemah setelah mengikuti kelas matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik di kalangan pelajar lemah setelah mengikuti kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Peningkatan pencapaian Matematik bagi kedua-dua kumpulan pelajar lemah di dalam kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional adalah munasabah, kerana sekurangnya-kurangya sedikit ilmu pengetahuan yang baru dipelajari telah diterima oleh pelajar lemah sepanjang pembelajaran berlaku.

Namun, peratusan peningkatan pencapaian Matematik yang diperoleh dalam kajian ini, berbeza dan perlu dibincangkan. Kajian mendapati bahawa peningkatan min pencapaian Matematik bagi pelajar di dalam kelas Matematik berasaskan multimedia adalah tinggi iaitu 14.80 peratus, manakala bagi pelajar  di dalam kelas Matematik berasaskan tradisional hanyalah sebanyak 6.03 peratus sahaja. Ini bermakna peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko lebih tinggi sebanyak 8.77 peratus di dalam kelas Matematik berasaskan multimedia berbanding tradisional.
Walaupun peningkatan peratusan pencapaian adalah tidak terlalu besar, namun ia berpadanan dengan tahap pencapaian akademik mereka yang terlalu rendah. Namun, setelah perbandingan antara kumpulan multimedia dan tradisional dilakukan, analisis statistik menunjukkan bahawa tiada perbezaan pencapaian Matematik yang wujud bagi kedua-dua kumpulan tersebut.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap pelajar lemah terhadap Matematik iaitu sebanyak 2.83 peratus setelah mengikuti kelas Matematik berasaskan multimedia. Sebaliknya, sikap pelajar lemah terhadap Matematik menurun sebanyak 1.38 peratus setelah mengikuti kelas Matematik berasaskan tradisional. Penurunan skor sikap Matematik ini mungkin disebabkan bahawa pengajaran berasaskan tradisional ini adalah satu kaedah pengajaran yang terlalu kerap atau biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah dan bukanlah suatu perkara baru yang boleh merangsang dan menarik minat mereka untuk terus mempelajari Matematik. Namun, setelah perbandingan antara kumpulan multimedia dan tradisional dilakukan, analisis statistik juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan sikap Matematik yang wujud bagi kedua-dua kumpulan tersebut.

Justeru, hasil kajian mengesahkan bahawa tiada perbezaan yang wujud sama ada dari aspek pencapaian dan sikap pelajar dalam mata pelajaran Matematik bagi kedua-dua kumpulan multimedia dan tradisional. Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan multimedia tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap lapisan pelajar terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah seperti yang digembar gemburkan dalam kebanyakan kajian sebelum ini. Al-Mikhlafi (2006), menyatakan bahawa kesan penggunaan multimedia terhadap pembelajaran tidak semestinya berkesan sebagaimana yang diperoleh daripada hasil dapatan kajian-kajian yang lepas. Ini adalah kerana keberkesanannya juga bergantung kepada perisian multimedia itu sendiri, kumpulan pelajar yang menggunakannya, kaedah pengajaran (kreativiti guru dalam memberi penjelasan) dan tempoh penggunannya.

Walaupun tiada kesan positif yang wujud dalam kajian ini, penyelidik berpendapat bahawa terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian serius dalam membuat kajian siasat (post moterm) tentang mengapa dan kenapa pengajaran berasakan multimedia yang dianggap menyeronokkan dan dapat merangsangkan pembelajaran ini tidak mampu menyumbang kesan yang positif ke atas pembelajaran pelajar berisiko ini?

Untuk membaca artikel penuh klik pada tajuk utama atau http://pkukmweb.ukm.my/~jitm/pdf_text/05%20Azura.pdf

7 comments:

  1. Pada pendapat saya, artikel ini sangat bagus kerana membincangkan berkenaan dengan kesan pengajaran konstruktivisme dengan menggunakan multimedia dan secara tradisional terhadap pelajar lemah.Ini kerana kurang kajian yang menumpukan kepada pelajar yang lemah. Keberkesanan penggunaan multimedia sering kali dikatakan meningkatkan prestasi akademik pelajar.Mengikut kajian di luar negara kenyatan ini adalah benar.Namun kepada pelajar yang lemah dalam matematik tidak berkesan.Ini kerana kajian keberkesanan berlaku kepada pelajar yang terpilih seperti pelajar di Sekolah Bestari yang mempunyai pengetahuan yang tinggi.Namun bagi pelajar yang lemah teknologi hanya memeningkan mereka lagi.Namun dari segi meningkatkan minat ,m ultimedia seperti teks,grafik animasi dan video berjaya menarik minat mereka untuk belajar matematik.Keberkesanan penggunaan multimedia harus dikaji seperti dari segi perisian multimedia,kumpulan pelajar yang disasarkan,kaedah pengajaran dan tempoh penggunaan banyak mempengaruhi keberkesanannya.Kemudahan infrastruktur teknologi di sekolah juga perlu ditingkatkan.Pada pendapat saya kaedah tradisional perlu diteruskan dalam pengajaran matematik di samping menggunakan perisian multimedia untuk menarik minat pelajar disamping menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang variasi.

    ReplyDelete
  2. salam, pelajar yang lemah dalam matematik kerana kurang latihan dan guru perlu memberi latihan kepada pelajar tersebut.tq

    ReplyDelete
  3. penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar amat penting kepada pelajar yang lemah dan yang cemerlang. penggunaan komputer juga agak baik sekiranya guru mempunyai kemahiran menggunakan komputer.pada pendapat saya, penggunaan komputer atau tradisional bukan ukuran pelajar berjaya sekiranya dipraktikkan dengan baik kedua-dua pendekatan cuma yang penting kemahiran guru menggunakan kedua-dua pendekatan.

    ReplyDelete
  4. diharapkan lebih banyak soalan-soalan yang boleh di jadikan panduan untuk semua

    ReplyDelete
  5. salam kak li, komen pasal soalan ni kak li letak bawah artikel komen. ingat dalam ni nak komen2 pasal artikel tugasan je.

    ReplyDelete
  6. zalina hassan @ zamri (202144)
    mata pelajaran matematik dianggap mata pelajaran yang susah dan tidak menarik bagi pelajar. keadaan ini adalah disebabkan pelajar telah menanam dalam minda mereka bahawa matematik ini susah. oleh sebab itu menjadi tanggungjawab guru untuk menarik perhatian pelajar meminati matematik dengan cara menggunakan kaedah p&p yg lain dr kebiasaan. contohnya menggunakan bahan multimedia..

    ReplyDelete
  7. salam alaik,
    pada pendapat saya, penggunaan multimedia dalam pengajaran matematik adalah sesuatu yang amat bagus. Pengunaan multimedia dapat meanrik minat pelajar untuk mempelajari matematik memandangkan matematik adalah subjek yang amat digeruni oleh sebilangan pelajar.

    ReplyDelete

SEmoga SeTiaP TahuN Kita LebiH Baik