Friday, February 19, 2010

Frontpage buletin permasa

Assalamulaikum, inilah frontpage buletin permasa yang saya hasilkan menggunakan MS publisher. Cantik Tak?

Artikel tema

Tahniah kepada sahabat-sahabat dpyik kohort 2 kerana telah membuat pilihan yang tepat!.banksoalandpyik2.com menyediakan link-link kelaman web atau blog yang menyediakan  banyak soalan & skema jawapan SPM,PMR untuk dijadikan sebagai bahan rujukan penting kepada guru-guru, ibubapa dan terutama para pelajar yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Ia juga merupakan persediaan awal kepada pelajar Tingkatan 1,2, 3, 4 & 5.
Insyaallah, pada masa akan datang koleksi soalan daripada YIK akan dimasukkan disini. Jika sahabat ingin berkongsi soalan yang sahabat-sahabat dah buat untuk sekolah masing-masing bolehlah emelkan ke emel saya norasima10@gmail.com

Terima kasih kepada pelawat-pelawat yang memeriahkan blog ini.

Monday, February 8, 2010

Artikel ketiga ( Ulas artikel ini ) Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik Di Kalangan Pelajar Berisiko

Assalamualaikum,
Ini adalah artikel pilihan saya yang ketiga. Hopefully sahabat-sahabat sudilah mencoret komen atau ulasan berkaitan artikel ini. Moga-moga kita mendapat manfaat daripada artikel ini dalam meneruskan perjuangan kita sebagai guru.

Secara ringkasnya artikel ini mengkaji perbandingan pencapaian Matematik di kalangan pelajar lemah setelah mengikuti kelas matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik di kalangan pelajar lemah setelah mengikuti kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Peningkatan pencapaian Matematik bagi kedua-dua kumpulan pelajar lemah di dalam kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional adalah munasabah, kerana sekurangnya-kurangya sedikit ilmu pengetahuan yang baru dipelajari telah diterima oleh pelajar lemah sepanjang pembelajaran berlaku.

Namun, peratusan peningkatan pencapaian Matematik yang diperoleh dalam kajian ini, berbeza dan perlu dibincangkan. Kajian mendapati bahawa peningkatan min pencapaian Matematik bagi pelajar di dalam kelas Matematik berasaskan multimedia adalah tinggi iaitu 14.80 peratus, manakala bagi pelajar  di dalam kelas Matematik berasaskan tradisional hanyalah sebanyak 6.03 peratus sahaja. Ini bermakna peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko lebih tinggi sebanyak 8.77 peratus di dalam kelas Matematik berasaskan multimedia berbanding tradisional.
Walaupun peningkatan peratusan pencapaian adalah tidak terlalu besar, namun ia berpadanan dengan tahap pencapaian akademik mereka yang terlalu rendah. Namun, setelah perbandingan antara kumpulan multimedia dan tradisional dilakukan, analisis statistik menunjukkan bahawa tiada perbezaan pencapaian Matematik yang wujud bagi kedua-dua kumpulan tersebut.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap pelajar lemah terhadap Matematik iaitu sebanyak 2.83 peratus setelah mengikuti kelas Matematik berasaskan multimedia. Sebaliknya, sikap pelajar lemah terhadap Matematik menurun sebanyak 1.38 peratus setelah mengikuti kelas Matematik berasaskan tradisional. Penurunan skor sikap Matematik ini mungkin disebabkan bahawa pengajaran berasaskan tradisional ini adalah satu kaedah pengajaran yang terlalu kerap atau biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah dan bukanlah suatu perkara baru yang boleh merangsang dan menarik minat mereka untuk terus mempelajari Matematik. Namun, setelah perbandingan antara kumpulan multimedia dan tradisional dilakukan, analisis statistik juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan sikap Matematik yang wujud bagi kedua-dua kumpulan tersebut.

Justeru, hasil kajian mengesahkan bahawa tiada perbezaan yang wujud sama ada dari aspek pencapaian dan sikap pelajar dalam mata pelajaran Matematik bagi kedua-dua kumpulan multimedia dan tradisional. Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan multimedia tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap lapisan pelajar terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah seperti yang digembar gemburkan dalam kebanyakan kajian sebelum ini. Al-Mikhlafi (2006), menyatakan bahawa kesan penggunaan multimedia terhadap pembelajaran tidak semestinya berkesan sebagaimana yang diperoleh daripada hasil dapatan kajian-kajian yang lepas. Ini adalah kerana keberkesanannya juga bergantung kepada perisian multimedia itu sendiri, kumpulan pelajar yang menggunakannya, kaedah pengajaran (kreativiti guru dalam memberi penjelasan) dan tempoh penggunannya.

Walaupun tiada kesan positif yang wujud dalam kajian ini, penyelidik berpendapat bahawa terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian serius dalam membuat kajian siasat (post moterm) tentang mengapa dan kenapa pengajaran berasakan multimedia yang dianggap menyeronokkan dan dapat merangsangkan pembelajaran ini tidak mampu menyumbang kesan yang positif ke atas pembelajaran pelajar berisiko ini?

Untuk membaca artikel penuh klik pada tajuk utama atau http://pkukmweb.ukm.my/~jitm/pdf_text/05%20Azura.pdf

Saturday, February 6, 2010

Artikel 1

Tajuk artikel :Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer: Keberkesanan Perisian “The Geometer’s Sketchpad”Untuk Tajuk Penjelmaan


http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/norhayatiIPDAkk.pdf


Secara ringkasnya



Daripada artikel ini didapati bahawa wujud peningkatan min skor pencapaian ujian pasca di kalangan para pelajar bagi kedua-dua kumpulan rawatan iaitu kumpulan yang diajar tajuk penjelmaan menngunakan perisian GSP dan juga kumpulan kawalan iaitu kumpulan yang diajar tajuk penjelmaan dengan kaedah konvesional. Walau bagaimanapun peningkatan min skor pencapaian ujian pasca dalam kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan min skor pencapaian ujian pasca dalam kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan menggunakan perisian GSP adalah berkesan untuk Tajuk Penjelmaan Matematik Tingakatan Dua. Artikel ini mencadangkan supaya perisian GSP digunakan khususnya untuk pengajaran dan pembelajaran bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingakatan Dua oleh guru-guru matematik. Ini kerana ianya boleh mempertingkatkan skor pencapaian serta minat para pelajar dalam mata pelajaran matematik,


Disamping itu juga, ia dapat membantu guru-guru, terutamanya guru-guru matematik mengubah teknik pengajaran daripada kaedah konvensional kepada kaedah terkini yang lebih canggih supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik, menarik dan tidak membosankan para pelajar. Namun begitu, langkah pertama bagi merealisasikan penggunaan apa sahaja perisian komputer ialah sekolah perlulah dilengkapi dengan kemudahan komputer sepenuhnya. Manakala guru-guru yang bakal menggunakan perisian ini diberi kemahiran secukupnya supaya penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Jom bagi pandangan

SEmoga SeTiaP TahuN Kita LebiH Baik